Hai rakan-rakan sekalian, kita sudahpun masuk ke bab kedua iaitu "Sejarah Perkembangan Teknologi Komunikasi'. Pada kelas pertama, kita telah pun belajar tentang pengenalan kepada sistem komunikasi. Minggu ini kita akan melihat pada perkembangan dan juga sejarah teknolgi komunikasi yang banyak digunakan sekarang.

Saya tidak dapat hadir ke kelas kedua disebabkan tugasan rasmi tetapi, telah mendapat nota daripada rakan sekelas yang telah menghadiri pada hari tersebut. Pada hari tersebut rakan-rakan sekelas telah membuat suatu pembentangan tentang topik kedua ini. Kumpulan kami telah menghantar 'power point slide'' kepada Pensyarah.

Bab ini mudah difahami kerana ia lebih kepada sejarah dan perkembangan teknologi yang digunakan pesat pada zaman ini. Jom kita lihat lebih terperinci pada nota dibawah :-


Bab 2 : Sejarah Perkembangan Teknologi Komunikasi

1. Sejarah dan perkembangan media dibahagikan kepada empat era     utama oleh Everett M.Rogers (1991)

*Era Penulisan
*Era Percetakan
*Era Telekomunikasi
*Era Komunikasi saling tindak/interaktif

2. Mempunyai dua jenis media iaitu media cetak dan elektronik

*Cetak - kertas yang dicetak huruf, angka, gambar
            - bahan yang dicetak adalah merupakan imej/maklumat

*Elektronik - Radio, telefon, televisyen
                    - Contohnya adalah fax

3. Perkembangan media baru : ciri-ciri (Rogers 1991)

*Interaktif/Saling tindak
*Memperkecilkan khalayak
*Darjah kawalan yang tinggi
*Tidak segerak/serentak
*Capaian rawak dan tidak 'linear'

4. Pengaruh teknologi terhadap media komunikasi

*Penggabungan
*Peraliahn daripada sistem analog kepada digital

Bagi menjayakan komunikasi :

  • Keadaan peralatan
  • Kemahiran meggunakan kemahiran


1. Pengenalan kepada sistem komunikasi


  • Maksud komunikasi  adalah sesuatu proses penyampaian mesej/informasi kepada pihak kedua mahupun individu, organisasi, kumpulan atau kelompok.
  • Modul-modul komunikasi
a) Model Shannon-Weaver
     Komunikasi satu arah yangberlangsung tanpa ada            
     timbal balik secara langsung.

b) Model Laswell
     Ini digunakan secara umum dimana ia mampu 
     mempengaruhi komunikasi. Ia mempunyai 5 elemen :
    
    *Who (Komunikator)
    *Say What (Pesan yang disampaikan)
    *In which Channel (Saluran Komunikasi)
    *To Whom (Penerima Pesan)
    *With What Effect (Efek Komunikasi yang disampaikan)

c) Model SMCR (Berlo)
     Ini terdiri daripada 4 komponen
     *Source (Sumber)
     *Message (Pesan)
     *Channel (Media)
     *Receiver (Penerima)

2. Memahami Teknologi

  • Teknologi adalah bahasa Latin - Texere (membentuk)
  • Ia dicipta untuk kehidupan yang lebih selesa
  • Biasanya dicipta sebagai peralatan/perisian

3. Perkaitan Media, Teknologi dan Masyarakat

  • Ia adalah dikaitkan antara satu sama lain
  • Teknologi dicipta untyk membantu manusia untuk berkomunikasi dengan pantas dan efisyen
      
Powered by Blogger.

About me

Find Us

Contact Us

Popular Posts